Friday, 7 January 2011
Universiti dan Sekolah
Secara hakikinya, tugas sekolah ialah mengajar dan mendidik 'murid'. Tetapi, ada universiti di negara ini kini ingin mengambil sebahagian tugas sekolah itu. Ironinya ialah universiti itu kini beriya-iya pula mengecilkan pengambilan pelajar prasiswazahnya dengan menutup atau mencantum (atau apa jua nama yang semaksud dengannya) program prasiswazahnya. Dulu pun, sekitar 1990-an, universiti itu juga menutup program prauniversitinya (atau matrikulasi) (atas arahan menteri), sedangkan program itu lebih relevan untuk menyediakan pelajar ke universiti berbanding program 'mengajar murid sekolah' universiti itu kini.
Subscribe to:
Comments (Atom)