Satu perkara yang sangat menyakitkan hati dan perasaan ialah adanya pemandu yang tidak tahu memandu di lebuh raya tiga lorong. Segelintir pemandu suka memandu perlahan di lorong tengah - lebih perlahan daripada kenderaan di lorong paling kiri. Kadang-kadang lorong paling kiri kosong tiada kenderaan pun. Kenderaan perlahan di pandu di lorong tengah! Sesetengahnya memandu dengan satu tangan macam makan angin, sambil merokok atau menelefon. Mereka buat tak kisah deretan kereta yang berkelajuan sederhana di belakang. Tabiat buruk ini menyebabkan kesesakan di lebuh raya pada waktu puncak. Malah boleh mengundang kemalangan juga!
Tabiat memandu sebegini tidak boleh dibiarkan membudaya. Nampaknya, PENDIDKAN melalui media tentang cara pemanduan berhemat tak berkesan lagi untuk pemandu Malaysia sekarang. Orang mementingkan diri sendiri ketika memandu. Oleh yang demikian, pihak polis peronda lebuh raya perlulah memantau dan mengambil tindakan undang-undang kepada yang tidak pandai memandu di lebuh raya tiga lorong kerana mereka menyusahkan orang lain.
Monday, 27 June 2011
Friday, 24 June 2011
Jadikan 'dunia' lebih baik - 2 - Jalan Raya
Mutu jalan raya di negara kita sejak akhir-akhir amatlah mendukacitakan. Jalan di bandar, di taman perumahan, di kampung, malah lebuh raya berlubang-lubang, lekak-lekuk, tidak rata - ROSAK.
Kita dikenakan tol, cukai jalan, cukai pintu untuk menggunakan jalan raya. Tetapi jalan raya yang ada tidak mencapai mutu yang diharapkan. Adakah kerana mutu kerja pembikin jalan raya tidak berkualiti, atau pihak berwajib tidak memantau kualiti pembikinannya.
Permukaan jalan raya yang rosak, berlubang membahayakan pemandu kenderaan.
Permukaan jalan raya yang rosak juga merosakkan kenderaan.
Alahai, pihak berwajib, tolonglah beri perhatian kepada jalan raya - jangan tunggu nak PILIHANRAYA je.

Tuesday, 31 May 2011
Jadikan 'dunia' lebih baik
Salam dan selamat ketemu kembali.
Banyak perkara mudah yang boleh kita lakukan untuk menjadikan DUNIA kita lebih baik dan harmoni dihuni. Untuk kali ini, kita cakap tentang suasana di kejiranan bandar.
Masyarakat Malaysia kini hampir 70% tinggal di bandar baru yang moden, lengkap, dan terancang. Ciri perumahan yang padat, rapat, bersambung, dll. boleh menimbulkan masalah. Kita perlu bersedia mengadaptasi hidup dengan suasana baru itu tetapi mengekalkan sifat kejiranan dan kemanusiaan yang baik dan harmoni.
Misalnya, janganlah kita buat-buat tak peka dengan membiarkan air limbah basuhan kereta, porch, dll. melayau atau bertakung di hadapan rumah jiran kita. Jika kita hendak kereta atau porch kita bersih, janganlah menyebabkan porch atau kereta jiran kita kotor pula kerana menggelek air limbah basuhan kita itu.
Satu lagi, jika membesarkan rumah di bahagian belakang, janganlah memikirkan diri sendiri sahaja dengan menambah santak habis sampai sempadan jiran kita sehingga hujung atap betul-betul jatuh di atas pagar. Bila hari hujan, airnya jatuh mencurah dalam kawasan jiran. Bila dipasang aircon, hembusan wap panasnya menerjah ke rumah jiran. Apa kata, jika jiran kita pun menambah sedemikian? Bertemu ataplah rumah kita. Tentu kita tidak suka. Jika kita tak suka, maka jiran kita pun tak suka juga. Ibarat sempadan negara, kawasan belakang rumah, terutama rumah sesebuah / semi-D di bandar perlu ada kawasan penampan / buffer zone juga. Dalam hal ini, pihak berkuasa perbandaran juga perlu proaktif dan tegas.
Sekian untuk kali ini, insya-Allah saya akan beri contoh lain di kesempatan lain.
Marilah sama-sama kita jadikan dunia ini lebih baik dan indah dihuni.

Friday, 8 April 2011
Adventurous
Bosan melakukan perkara / benda yang sama setiap hari?
Ingin warna-warnikan kehidupan anda?
Cuba fikir / lakukan saranan berikut:
1. Lihat sesuatu perkara lama dengan cara baru, atau
2. Amalkan fikiran "bagaimana saya boleh lakukan perkara ini secara berbeza?", atau
3. Cuba perkara / benda baru (makanan, minuman, pakaian, kenderaan, rumah, laluan, susunatur rumah/pejabat, rambut, dll.), atau
4. Teroka alam baru (pekerjaan, majikan, tempat kerja, kawasan kediaman, rakan, teman, etc.)
Pokoknya ialah baharu.

Monday, 4 April 2011
Live In The Moment - sekadar berkongsi
Living in the moment is all about living like there's no tomorrow. It takes practice but in the end, you'll lead a fuller life. To do this, you must realise beauty in every moment, and in everyday activities.
This is your life, now live!
1. Take notice of the world around you.
2. Focus on whatever you're doing.
3. Smile when you wake up.
4. Commit random, spontaneous acts of kindness - (Do something to make the world a better place, e.g. picking up litter or donating RM1)
5. Don't zone out; zone in - (Do things that are active, and that encourage you to look around and engage the world in that moment.)
6. Be thankful for what is.
(NST April 3, 2011)

Saturday, 26 March 2011
Lama tak jumpa
Buah pauh delima batu
anak sembilang di tapak tangan;
Biar jauh beribu batu
hilang di mata di hati jangan.
Buah langsat disambar helang
mari hinggap di pohon berangan;
Sungguh jasad sudah hilang
memori indah jadikan kenangan
anak sembilang di tapak tangan;
Biar jauh beribu batu
hilang di mata di hati jangan.
Buah langsat disambar helang
mari hinggap di pohon berangan;
Sungguh jasad sudah hilang
memori indah jadikan kenangan
Friday, 7 January 2011
Universiti dan Sekolah
Secara hakikinya, tugas sekolah ialah mengajar dan mendidik 'murid'. Tetapi, ada universiti di negara ini kini ingin mengambil sebahagian tugas sekolah itu. Ironinya ialah universiti itu kini beriya-iya pula mengecilkan pengambilan pelajar prasiswazahnya dengan menutup atau mencantum (atau apa jua nama yang semaksud dengannya) program prasiswazahnya. Dulu pun, sekitar 1990-an, universiti itu juga menutup program prauniversitinya (atau matrikulasi) (atas arahan menteri), sedangkan program itu lebih relevan untuk menyediakan pelajar ke universiti berbanding program 'mengajar murid sekolah' universiti itu kini.
Subscribe to:
Comments (Atom)