Saturday, 26 March 2011

Lama tak jumpa

Buah pauh delima batu
anak sembilang di tapak tangan;
Biar jauh beribu batu
hilang di mata di hati jangan.

Buah langsat disambar helang
mari hinggap di pohon berangan;
Sungguh jasad sudah hilang
memori indah jadikan kenangan

Friday, 7 January 2011

Universiti dan Sekolah

Secara hakikinya, tugas sekolah ialah mengajar dan mendidik 'murid'. Tetapi, ada universiti di negara ini kini ingin mengambil sebahagian tugas sekolah itu. Ironinya ialah universiti itu kini beriya-iya pula mengecilkan pengambilan pelajar prasiswazahnya dengan menutup atau mencantum (atau apa jua nama yang semaksud dengannya) program prasiswazahnya. Dulu pun, sekitar 1990-an, universiti itu juga menutup program prauniversitinya (atau matrikulasi) (atas arahan menteri), sedangkan program itu lebih relevan untuk menyediakan pelajar ke universiti berbanding program 'mengajar murid sekolah' universiti itu kini.

Monday, 27 December 2010

Janji

Berjanji memang mudah. Janji nak buat itu, nak buat ini. Janji nak beri itu, nak beri ini. Janji nak datang hari ini, jam ini, minggu ini. Janji sehidup semati. Janji nak bayar hutang. Janji itu, janji ini.
Ada janji adik-beradik. Ada janji suami-isteri. Ada janji kekasih. Ada janji rakan. Ada janji majikan-pekerja. Ada janji pilihanraya.
Dengan demikian, ada menjanjikan bulan-bintang. Ada menjanjikan kehidupan. Ada menjanjikan kereta. Ada menjanjikan cinta.
Tapi, masalahnya, nak menunaikan janji memang payah. Bila janji tak ditunaikan, orang yang diberi janji menerima padah. Kecewa, marah, hilang pertimbangan, hilang kepercayaan.
Kalau janji tak tertunai, si penjanji minta maaf atau minta tangguh, tak mengapa. Tapi lazimnya batang hidung pun tak nampak. Melarikan diri. Ada yang buat lupa, dan ada tak berasa serba salah pun.
Memang lidah tak bertulang, tapi berpada-padalah bila berjanji. Orang yang diberi janji pun kena berpada-pada pada janji yang diberi.

Wednesday, 22 December 2010

Kemalangan bas di Simpang Pulai

Salam perkenalan.

Bas dua tingkat tak sesuai untuk kawasan perbukitan.