Tuesday, 31 May 2011

Jadikan 'dunia' lebih baik

Salam dan selamat ketemu kembali.

Banyak perkara mudah yang boleh kita lakukan untuk menjadikan DUNIA kita lebih baik dan harmoni dihuni. Untuk kali ini, kita cakap tentang suasana di kejiranan bandar.

Masyarakat Malaysia kini hampir 70% tinggal di bandar baru yang moden, lengkap, dan terancang. Ciri perumahan yang padat, rapat, bersambung, dll. boleh menimbulkan masalah. Kita perlu bersedia mengadaptasi hidup dengan suasana baru itu tetapi mengekalkan sifat kejiranan dan kemanusiaan yang baik dan harmoni.

Misalnya, janganlah kita buat-buat tak peka dengan membiarkan air limbah basuhan kereta, porch, dll. melayau atau bertakung di hadapan rumah jiran kita. Jika kita hendak kereta atau porch kita bersih, janganlah menyebabkan porch atau kereta jiran kita kotor pula kerana menggelek air limbah basuhan kita itu.

Satu lagi, jika membesarkan rumah di bahagian belakang, janganlah memikirkan diri sendiri sahaja dengan menambah santak habis sampai sempadan jiran kita sehingga hujung atap betul-betul jatuh di atas pagar. Bila hari hujan, airnya jatuh mencurah dalam kawasan jiran. Bila dipasang aircon, hembusan wap panasnya menerjah ke rumah jiran. Apa kata, jika jiran kita pun menambah sedemikian? Bertemu ataplah rumah kita. Tentu kita tidak suka. Jika kita tak suka, maka jiran kita pun tak suka juga. Ibarat sempadan negara, kawasan belakang rumah, terutama rumah sesebuah / semi-D di bandar perlu ada kawasan penampan / buffer zone juga. Dalam hal ini, pihak berkuasa perbandaran juga perlu proaktif dan tegas.

Sekian untuk kali ini, insya-Allah saya akan beri contoh lain di kesempatan lain.
Marilah sama-sama kita jadikan dunia ini lebih baik dan indah dihuni.

No comments:

Post a Comment