Mutu jalan raya di negara kita sejak akhir-akhir amatlah mendukacitakan. Jalan di bandar, di taman perumahan, di kampung, malah lebuh raya berlubang-lubang, lekak-lekuk, tidak rata - ROSAK.
Kita dikenakan tol, cukai jalan, cukai pintu untuk menggunakan jalan raya. Tetapi jalan raya yang ada tidak mencapai mutu yang diharapkan. Adakah kerana mutu kerja pembikin jalan raya tidak berkualiti, atau pihak berwajib tidak memantau kualiti pembikinannya.
Permukaan jalan raya yang rosak, berlubang membahayakan pemandu kenderaan.
Permukaan jalan raya yang rosak juga merosakkan kenderaan.
Alahai, pihak berwajib, tolonglah beri perhatian kepada jalan raya - jangan tunggu nak PILIHANRAYA je.
No comments:
Post a Comment