Satu perkara yang sangat menyakitkan hati dan perasaan ialah adanya pemandu yang tidak tahu memandu di lebuh raya tiga lorong. Segelintir pemandu suka memandu perlahan di lorong tengah - lebih perlahan daripada kenderaan di lorong paling kiri. Kadang-kadang lorong paling kiri kosong tiada kenderaan pun. Kenderaan perlahan di pandu di lorong tengah! Sesetengahnya memandu dengan satu tangan macam makan angin, sambil merokok atau menelefon. Mereka buat tak kisah deretan kereta yang berkelajuan sederhana di belakang. Tabiat buruk ini menyebabkan kesesakan di lebuh raya pada waktu puncak. Malah boleh mengundang kemalangan juga!
Tabiat memandu sebegini tidak boleh dibiarkan membudaya. Nampaknya, PENDIDKAN melalui media tentang cara pemanduan berhemat tak berkesan lagi untuk pemandu Malaysia sekarang. Orang mementingkan diri sendiri ketika memandu. Oleh yang demikian, pihak polis peronda lebuh raya perlulah memantau dan mengambil tindakan undang-undang kepada yang tidak pandai memandu di lebuh raya tiga lorong kerana mereka menyusahkan orang lain.
No comments:
Post a Comment