18 Mei 2014 (Ahad) yang lalu genaplah 44 tahun usia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Universiti ini ditubuhkan hasil perjuangan ibu bapa kita orang Melayu yang inginkan sebuah universiti yang berteraskan watan dan memartabatkan bahasa ibunda negara tercinta ini, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Dalam proses penubuhannya di era kepayahan hidup, orang ramai daripada pelbagai golongan masyarakat turut menyumbang wang ringgit. Walaupun angka itu tidak banyak tetapi komitmen dan semangat yang diperlihatkan amat nyata.
Dalam tempoh 44 tahun - usia yang agak dewasa dan menuju kematangan - UKM terus bergerak ke hadapan dengan mengendong misi yang sama tetapi dengan tuntutan dan cabaran baru. Daripada sebuah universiti yang menyediakan generasi berilmu, kini UKM memainkan peranan universiti penyelidikan negara dalam pelbagai program/disiplin ilmu di tahap prasiswazah, siswazah, dan pascasiswazah.
'Lahir' di UKM dan dapat menabur bakti di Alma Mater ini adalah suatu pengalaman hebat yang tidak terungkapkan. Semoga UKM terus diberkati Allah SWT; mahaguru, staf dan alumninya terus diredhai.
Saya yang juga menyambut hari kelahiran pada 18 Mei amat berbangga berkongsi tarikh hari keramat yang sama dengan sebuah institusi pendidikan yang ulung di negara kita. Alhamdulillah :) Terima kasih Prof atas post ini.
ReplyDeleteTahniah. Selamat maju jaya.
ReplyDelete